Oke kita sambung cuti-cuti di terengganu ni. Pagi-pagi lepas breakfast lepak kat tepi pantai. Nak berenang tapi tengok air pantai ade buih-buih coklat. minyak kot. sebab pagi-pagi banyak boat-boat lalu. So aku just lepak-lepak bawah pokok je. Suria and Fatin jalan-jalan tepi pantai. Tup-tup dorg terserempak dengan pakcik harun semalam. Pakcik tu tanye kenape ktorg tak berenang. Then dorg pon cakap la pasal air macam tak bersih. Last-last pakcik harun ajak ktorg pegi mandi kat kawasan lain naik boat die. Soalan pertama aku wajiblah "free ke?" hehehe dan jawapan nye adalah YA! cantik! moh la kite beramai-ramai naik boat. kebetulan mase kitorang nak berlepas tu hana n win sempat sampai pantai. dapat la join sekali. ade lagi beberapa org yang join. aku tak ingat sape. hahaha sorry~ Sampai kat destinasi pakcik harun bagi ktorg guna barang snokerling die. Dan wajiblah bagi aku bertanyakan soalan yang sama "free tak?" dan jawapan nye adelah YES! yahooo! seronok tau dapat aktiviti free ni. hehehehe sejam je kot ktorg bermandi manda and ber'snokerling'. Pakcik harun sempat ajar teknik-teknik snokerling and cara-cara berenang tau! Terima kasih pakcik harun! Tapi malangnya ktorg kene jalan kaki balik resort. jauh tu! dah la tengah malam tadi kene jalan kaki cari penyu, ni lepas snokerling pagi-pagi pon kene jalan kaki lagi~ nasib badan la. nak bende free kan. huhu Ingatkan sampai resort tu yang lain-lain dah start packing barang la. Sekali tengok dorg tengah berkayak daa~ Ape lagi, ktorg pon join la. yeah! dapat main kayak free!! sebab dorg dah bayar and tak larat nak main lame-lame. Saya suka bende-bende free macam ni. Thanks wani! hehe
![]() |
Masa untuk pulang~ |
![]() |
bye! jumpa lagi pulau kapas |
![]() |
snap picture ramai-ramai adalah benda wajib buat! hee~ |
Then ktorg pegi cari makan. lapar kot tak makan tengah hari lagi~ nama tempat makan aku tak ingat. So aku google la tempat makan kat kuala terengganu, sekali jumpa daa~ RESTORAN MAT BINJAI makanan kat sini semua makanan traditional. sedap dan lazat! dorg akan hidang semua lauk kat atas meja. then korang pilih la lauk mane nak makan. Then harga makanan akan dikira mengikut lauk mana yang korang sentuh. even tak habis makan pon.
Lepas dah kenyang ktorg pegi ke bandar KT. ktorg ramai-ramai borong baju kelawar termasuk lah Hariz. Comel tengok org laki pilih baju kelawar untuk mak die. aku beli sikit je. takat baju kelawar, telur penyu and key chain. Tu je. malas nak bazir-bazir dah. haritu kat sabah dah melantak beli macam-macam. oh? next time aku update pasal percutian aku kat sabah ae? dah berkulat dah citer tu. hehehe
Next destination ktorg pegi borong keropok lekor. Org sini panggil ape? kepok. hee~ bukan keropok tw, tapi kepok! huhu ktorg tanye la pakciktu mane nak tau ni kepok losong or bukan? pakcik driver kate, mane ade jenis kepok losong, kepok tu di panggil kepok losong sebab kedai tu kat jalan losong. kuang3x~ al-kisahnye. Laa baru tau, heee~~
Last destination ltorg pegi masjid kristal. malam-malam memang cantik!
![]() |
motive gambar ni kitorang nak tunjuk ade perkataan allah atas bukit tu. diorg buat guna lampu. Tapi tak nampak pulak dalam camera. huhu |
2 ulasan:
hahaha,wei.. ni cerita zaman tok kaduk br ber-update..
haha tak kire. nak story jugak! nnt anak cucu aku nak bace~ =P
Catat Ulasan