duet tabung

Isnin, 6 Ogos 2012

Pulau Kapas (Part 2)

Assalamualaikum! oke harini nak sambung cerita pasal pulau kapas. Lame gile postpone. Cerita pon dah basi. Lepas habis tengok turtle dekat Gem island tu ktorg pon balik kat Pulau Kapas. Panggil semua kawan-kawan yang terbongkang kat bilik ajak main game. So antara game yang kitorang main; bola tampar, and main lukis-lukis kat pasir. Game lukis-lukis kat pasir ni lebih kurang macam main pass ayat kat telinga, then orang yang last kene cakap balik ape yang dia dapat and faham. Best gile main lukis-lukis tu. Tapi malangnye  group aku kalah!! Lain-lain aktiviti berenang, tanam orang, and sape dapat naik kan kaki kat atas sambil kepala kat dalam air. Haha adventure gile. Nak tunjuk gambar, tapi aku pon tak tau gambar tu semua aku letak kat mane. ngengenge~ mane yang ada je la aku letak.

Then malam tu takde aktiviti apepon. just rancang nak karoke and lepak kat unggun api je la lepas dinner je.

Lepas dah makan puas-puas, still unggun api pon tak ready, bilik karok pon tak ready jugak, So aku ngn member-member sejati aku jalan-jalan la pegi pantai sebelah cari kedai runcit.


by the way, mamat 2 orang tu tak termasuk dalam senarai geng sejati aku taw! =P

Then balik kat resort still dorg kate, apepon tak ready lagi. mase tu memang takde mood dah, lambat sangat management dorg. yang kes unggun api tu mase ktorg dgh dinner abang y in-charge buat unggun api tu kate nanti lepas isya' dy buatkan sebab nak pegi solat dulu. ktorg denga sejuk je hati. Alih-alih mase aku ngn member-member sejati aku pegi kedai runcit kat pantai sebelah, nampak dy tengah tengok bola, ye la kebetulan malam tu terengganu lawan mane tah. aku pon tak ingat. Tapi yang marah nye takyah la nak menipu kata nak pegi solat isya'. Ate tak boleh ke buatkan unggun api dulu lepas tu pegi la kau tengok bola tu sampai muntah. Sakit hati je wey, Dah tu ade pulak ajak ktorg pegi cari kayu api, what the? Padahal kayu api tu mmg dah ade kn. Sabar je la. Sebab fikir tengah nak bercuti kan, malas nak gaduh-gaduh. diamkan je la.

Ni la dy unggun api ktorg. Sibok je lah abang-abang resort tu join ktorg, Siap buat pertunjukkan api la bagai, takde la hebat mane pon. Last, last aku ngn member sejati blah, bosan la dorg ni, ktorg nak lepas ngn ktorg-ktorg je, tapi ni dah macam party unggun api dorg pulak. Dah tu bilik karok tak ley gune pulak. ade masalah teknikal. Adoi~ rosak aktiviti malam tu.

Tengah malam sikit aku, fatin, mira, pika, zizan and Hariz pegi cari penyu bertelur. Habis satu pulau ktorg jalan semata nak tengok penyu sahaja. Memang adventure, redah pantai, bukit, tangga, batu pantai la bagai. Betol tak tipu, memang ktorg redah benda-benda ni. Dah lah gelap. suku perjalanan je yang ada lampu. lain sume guna lampu handphone.
Jom cari penyu!!

Perasan tak semua pon tutup mata, penat sangat~ haha

Mase pegi tu memang tak jumpa la penyu, sampai ktorg terserempak ngn segerombolan binatang. tak tau la binatang ape, sebab aku dah terkejut sangat sampai tutup mata. Aku ingt kelawar, tapi dorg kate bukan. tah la. Then patah la balik, kecewa yang amat kot sebab tak jumpa penyu. Tapi ktorg jumpe la jejak penyu tu naik pantai, kirenye ktorg dah terlambat sampai. Bila dah nak sampai resort tiba-tiba, wey! penyu wei!! aku pon mane-mane? tiba-tiba mata bersinar-sinar kan.. So cepat-cepat amek gambar sebelum penyu tu lari. klik! klik! klik! 

TADA!!! ni la penyu yang ktorg jumpe tu. Penat-penat je jalan jauh-jauh, yang dekat ni dah ade dah. huhu

Rupe-rupenye aku mengigau pegi cari penyu~ kuikuikui

Habis dah cerita untuk harini, nanti aku sambung lagi ye~ penat taip. maklumlah bulan puasa sekarang ni. huhu


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

my next birthday party =)

Daisypath Happy Birthday tickers