duet tabung

Ahad, 5 Februari 2012

Lelaki soleh digalakkan kahwin dengan perempuan tak solehah


ASSALAMUALAIKUM! =)

Selamat Menyambut Maulidur Rasul semua. Sempena Maulid nabi marilah kita berselawat sebanyak banyaknya kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW dan seterusnya beristiqamah pada hari-hari berikutnya. Semoga kita terpilih untuk mendapat syafaat banginda di akhirat kelak. InsyaALLAH 

Oke. Tadi bosan-bosan tiba-tiba ada nampak satu post ni. Original dari Ustaz Azhar Idrus.

Klik gamba untuk tumbesaran.

Yang paling sentap ayat yang ni "Lelaki soleh digalakkan kahwin dengan perempuan tak solehah, Perempuan solehah tak digalakkan kahwin dengan lelaki tak soleh"  

Lame aku fikir benda ni. Ok. semua sedia maklum jumlah lelaki sikit berbanding perempuan kan. So dalam kalangan lelaki tu sendiri, korang fikir berapa ramai je lelaki soleh?? So then wanita solehah memang seboleh nya nak kawin dengan lelaki soleh je. Lastly aku fikir, perempuan ni kene bermadu ke?? Lagi, makna nye lelaki tak soleh tu tak laku langsung ae?? @,@. oke gile mengharapkan pendapat org lain untuk menyelesaikan semua soalan-soalan bodoh aku ni. huuu~
"Lelaki soleh digalakkan kahwin dengan perempuan tak solehah, .." oke. kebaikan yang aku dpt nampak kat sini, bila lelaki soleh ni kahwin dengan perempuan tak solehah, mungin dengan cara ni boleh menyolehah kan perempuan tak solehah tu.

Dan ".., Perempuan solehah tak digalakkan kahwin dengan lelaki tak soleh"  sebab takut nnti perempuan tu jadi tak solehah. Macam tu ke?? 

Entah lah. kalau nak cakap ayat ni ade maksud tersirat hanya satu je yang aku dapat fikir. Ni aku rasa lah. oke macam ni. Mungkin lah kalau ayat tu ade makna tersirat dia nak maksudkan lelaki ni sebagai khalifah mesti lah ada ilmu agama yang kuat, barulah boleh mendirikan rumah tangga yang bahagia hingga ke syurga. 

hurmm~ kesimpulan nya, post aku kali ni aku sendiri macam takde matlamat dan penyelesaian kepada soalan-soalan aku tu. 

sigh* sigh* sigh* sigh* sigh* sigh* sigh*

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

my next birthday party =)

Daisypath Happy Birthday tickers