duet tabung

Ahad, 18 September 2011

THE ELEVENTH HOUR



"THE MAN WHO DECIDED TO CHANGE ON THE 12TH HOUR DIES ON THE 11TH"
-HLOVATE-


Hi! Sekarang ni I tengah berjinak-jinak dengan novel hasil nukilan HLOVATE. Best! banyak bende yang kite boleh belajar dari novel beliau *haha ayat skema jek*. So dengan semangat nye, I pegi ke rumah member I yang sejauh 10km la jugak hanya semata nak pinjam novel beliau. eh? beliau yang ni merujuk kepada member I si wani tu. So di pendekkan cerita I nak cakap bahawasanya I suke verse ni, 'the man who decided to change on the 12th hour dies on the 11th'. ayat ni macam dah jadi ubat dah untuk I. Sebelum ni I kerap jugak la tangguh-tangguh buat sesuatu. Contoh macam 'eh? tak solat zohor lagi~ takpe la, nak baring kejap' takpun bila mak suruh mop lantai 'mmm~ nanti lepas makan kina buat'. Tapi sejak bace novel tu and sejak bace ayat tu, bile tiap kali nak tangguh-tangguh mesti tetibe je ayat 'the 11th hour' tu muncul. So akan sepantas kilat tanpa banyak kali fikir terus selesaikan apa yang patut. Sebab tak nak rasa menyesal kat akhirat nanti. Punye la berkesan kan ayat tu. Sangat-sangat memberi kesan. So alhamdulillah sebab dah jumpa penawar sikap yang suke bertangguh. hee~ 

Anyway, I nak share satu video ni. Tajuk dia '11th hour' click kat tajuk ae untuk tengok video tu. Tengok and faham kan elok2 ye. Mungkin kualiti video tu takde, tapi yang penting mesej tu sampai. Tapi aku  I rase lagi rase berkesan bila baca novel  'Contengan Jalanan by Hlovate' tu. Kalau rase nak beli, ni I sertakan gamba cover buku tu. So senang la nak cari kan. 


Eh? ni bukan novel cinta tau. Tapi Novel ni sangat bagus untuk dibaca. Try la. Cecece~ tetiba jadi promoter tak bertauliah.

'The man who decided to change on the 12th hour dies on the 11th'
berubah la sebelum terlambat. Sebab kita tak tau ajal kita bila~ 
Jangan cakap nanti-nanti lah nak berubah~ nanti la tunggu raya nak mintak maaf dengan mak ayah. nanti la nak solat~ nantila tolong parent buat keje~ nanti la bila dah kaya nak sedekah~ nanti la nak tutup aurat, nanti-nanti la tak sudah-sudah~ Tapi fikirlah kalau kita tak sempat nak sampai pada waktu yang kita kata nanti tu. 
So kawan-kawan mari kita 'Change on the 10th hour, ok?'

Btw, saje nak kongsi dengan korang apa yang I baca and apa yang I rasa. Bende baik tak salah kan nak kongsi? kn? kn? hee~

3 ulasan:

cik dila berkata...

Karya Hlovate memang best! ;)

Tanpa Nama berkata...

video tu memang exactly sama dengan dalam novel tu ke ? thnks :) aku tak tersearch lagi :)

keyna berkata...

dalila> definitely! :)

afifah> hee~ ha'a sme~ aku dah check da. hu2

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

my next birthday party =)

Daisypath Happy Birthday tickers