duet tabung

Isnin, 17 September 2012

majlis perkahwinan kawan-kawan saya

Assalamualaikum and hi semua! lama tak update blog. 3jam try and error nak sign in blog ni. berpeluh-peluh fikir. Last-last ingat nak buat blog baru lah. Tapi bile try and error kali terakhir terus dapat masuk. Oke selamat. hee~ 

By the way, sekarang ni kite dah habis belajar dah. insyaallah bulan November tahun ni kite sambut hari graduasi la. hee~ alhamdulillah! Semua sibuk cari kerja sekarang since dah takde tajaan mana-mana. Parent pon sebulan dua larat la kot nak tanggung. lepas tu lantak la kau. Haha but then alhamdulillah dah dapat kerja. Tapi sebenarnya tak berminat pon nak kerja kat situ. Ingat nak sambung belajar dulu. Tapi tiba-tiba otak terbalik 360C tu yang tiba-tiba attend interview and alhamdullillah dapat. Biasalah. apa yang kita fikir and rancang tak selalunya yang terbaik untuk kita. Tuhan je yang tahu manaa yang terbaik untuk kita.

Tahun ni asyik attend wedding kawan-kawan. Ramai yang dah mendirikan rumah tangga. yang bakal nak melangsungkan pon ramai jugak. Jenuh nak ingat tarikh.  
ni gambar culik ni. hehehe tak dapat dtg majlis ni sebab ada exam. tahniah zul!

kite tak sure yang ni hujung bulan Disember 2011 atau tahun ni punyaa. huhu btw, tahniah izan! also kak yani. hee~ lupe amek gamba dengan kak yani

Ni pon gambar culik. tapi yang ni kite datang. cuma tak tau snap pakai camera sape mase tu. Tahniah farikha! =)

haha penuh ktorg je kat pelamin tu. congrates dcna!

tahniah diyana. hantaran coklat laki bagi kat pihak perempuan and sebaliknye hingga ke bunga tangan pon coklat ferror rocher!
ni yang paling-paling latest! 15 Sept 2012 tahniah adi!
Ada yang tertinggal tak? Ni baru kawan-kawan. belum masuk wedding abang kite lagi. sedare-mare lagi. member-member yang bertunang lagi. Memang tahun ni paling banyak la kite makan nasi minyak. Actually tak plan pon nak pegi wedding adi. Since jauh and tak ramai member yang dapat invitation. So tengah hari tu on handphone ada mesej dari Luqman. Die just tanye je kite pegi ke? kite jawab la tak since takde member nak pegi. Then Luqman ajak pegi sama. oke tengok jam dah pukul 12.50 t/hari. sempat ke? dengan yakin nye Luqman reply sempat! oke. Last-last sampai sana dah pulul 530 ptg. konon-konon nak buat surprise la kat adi. tapi pukul 4ptg pon tak sampai lagi terpaksa la call cakap nak datang. takut khemah dah roboh and pengantin dah salin baju. Btw, seronok dapat berkenalan dengan wife adi. fadhilah. sebab die ade sense of humor. =)

Hujung tahun ni insyaallah kite update lagi gambar-gambar member yang khawin. ramai!!

Selasa, 7 Ogos 2012

Pulau Kapas Part 3

Oke kita sambung cuti-cuti di terengganu ni. Pagi-pagi lepas breakfast lepak kat tepi pantai. Nak berenang tapi tengok air pantai ade buih-buih coklat. minyak kot. sebab pagi-pagi banyak boat-boat lalu. So aku just lepak-lepak bawah pokok je. Suria and Fatin jalan-jalan tepi pantai. Tup-tup dorg terserempak dengan pakcik harun semalam. Pakcik tu tanye kenape ktorg tak berenang. Then dorg pon cakap la pasal air macam tak bersih. Last-last pakcik harun ajak ktorg pegi mandi kat kawasan lain naik boat die. Soalan pertama aku wajiblah "free ke?" hehehe dan jawapan nye adalah YA! cantik! moh la kite beramai-ramai naik boat. kebetulan mase kitorang nak berlepas tu hana n win sempat sampai pantai. dapat la join sekali. ade lagi beberapa org yang join. aku tak ingat sape. hahaha sorry~ Sampai kat destinasi pakcik harun bagi ktorg guna barang snokerling die. Dan wajiblah bagi aku bertanyakan soalan yang sama "free tak?" dan jawapan nye adelah YES! yahooo! seronok tau dapat aktiviti free ni. hehehehe sejam je kot ktorg bermandi manda and ber'snokerling'. Pakcik harun sempat ajar teknik-teknik snokerling and cara-cara berenang tau! Terima kasih pakcik harun! Tapi malangnya ktorg kene jalan kaki balik resort. jauh tu! dah la tengah malam tadi kene jalan kaki cari penyu, ni lepas snokerling pagi-pagi pon kene jalan kaki lagi~ nasib badan la. nak bende free kan. huhu Ingatkan sampai resort tu yang lain-lain dah start packing barang la. Sekali tengok dorg tengah berkayak daa~ Ape lagi, ktorg pon join la. yeah! dapat main kayak free!! sebab dorg dah bayar and tak larat nak main lame-lame. Saya suka bende-bende free macam ni. Thanks wani! hehe

Masa untuk pulang~


bye! jumpa lagi pulau kapas

snap picture ramai-ramai adalah benda wajib buat! hee~
Sampai jeti marang, ktorg terus naik van persiaran yang ktorang dah tempah tu. Susunan aktiviti tak ingat sangat. tapi ktorang ade pegi masjid terapung.


Then ktorg pegi cari makan. lapar kot tak makan tengah hari lagi~ nama tempat makan aku tak ingat. So aku google la tempat makan kat kuala terengganu, sekali jumpa daa~ RESTORAN MAT BINJAI makanan kat sini semua makanan traditional. sedap dan lazat! dorg akan hidang semua lauk kat atas meja. then korang pilih la lauk mane nak makan. Then harga makanan akan dikira mengikut lauk mana yang korang sentuh. even tak habis makan pon.


Lepas dah kenyang ktorg pegi ke bandar KT. ktorg ramai-ramai borong baju kelawar termasuk lah Hariz. Comel tengok org laki pilih baju kelawar untuk mak die. aku beli sikit je. takat baju kelawar, telur penyu and key chain. Tu je. malas nak bazir-bazir dah. haritu kat sabah dah melantak beli macam-macam. oh? next time aku update pasal percutian aku kat sabah ae? dah berkulat dah citer tu. hehehe

Next destination ktorg pegi borong keropok lekor. Org sini panggil ape? kepok. hee~ bukan keropok tw, tapi kepok! huhu ktorg tanye la pakciktu mane nak tau ni kepok losong or bukan? pakcik driver kate, mane ade jenis kepok losong, kepok tu di panggil kepok losong sebab kedai tu kat jalan losong. kuang3x~ al-kisahnye. Laa baru tau, heee~~


Aku suggest korang beli kat sini. sedap wei! siap boleh tengok lagi macam mana diaorg buat keropok tu. sos pon handmade punye. sedap! sebelah kedai ni pon ade lagi kedai jual keropok lekor.

Last destination ltorg pegi masjid kristal. malam-malam memang cantik!

motive gambar ni kitorang nak tunjuk ade perkataan allah atas bukit tu. diorg buat guna lampu. Tapi tak  nampak pulak dalam camera. huhu
Last sekali sampai je stesen bas. Pegi makan kat KFC naik bas ke shah alam terus tidur. tau-tau je dah sampai shah alam. the end ;)

Isnin, 6 Ogos 2012

Pulau Kapas (Part 2)

Assalamualaikum! oke harini nak sambung cerita pasal pulau kapas. Lame gile postpone. Cerita pon dah basi. Lepas habis tengok turtle dekat Gem island tu ktorg pon balik kat Pulau Kapas. Panggil semua kawan-kawan yang terbongkang kat bilik ajak main game. So antara game yang kitorang main; bola tampar, and main lukis-lukis kat pasir. Game lukis-lukis kat pasir ni lebih kurang macam main pass ayat kat telinga, then orang yang last kene cakap balik ape yang dia dapat and faham. Best gile main lukis-lukis tu. Tapi malangnye  group aku kalah!! Lain-lain aktiviti berenang, tanam orang, and sape dapat naik kan kaki kat atas sambil kepala kat dalam air. Haha adventure gile. Nak tunjuk gambar, tapi aku pon tak tau gambar tu semua aku letak kat mane. ngengenge~ mane yang ada je la aku letak.

Then malam tu takde aktiviti apepon. just rancang nak karoke and lepak kat unggun api je la lepas dinner je.

Lepas dah makan puas-puas, still unggun api pon tak ready, bilik karok pon tak ready jugak, So aku ngn member-member sejati aku jalan-jalan la pegi pantai sebelah cari kedai runcit.


by the way, mamat 2 orang tu tak termasuk dalam senarai geng sejati aku taw! =P

Then balik kat resort still dorg kate, apepon tak ready lagi. mase tu memang takde mood dah, lambat sangat management dorg. yang kes unggun api tu mase ktorg dgh dinner abang y in-charge buat unggun api tu kate nanti lepas isya' dy buatkan sebab nak pegi solat dulu. ktorg denga sejuk je hati. Alih-alih mase aku ngn member-member sejati aku pegi kedai runcit kat pantai sebelah, nampak dy tengah tengok bola, ye la kebetulan malam tu terengganu lawan mane tah. aku pon tak ingat. Tapi yang marah nye takyah la nak menipu kata nak pegi solat isya'. Ate tak boleh ke buatkan unggun api dulu lepas tu pegi la kau tengok bola tu sampai muntah. Sakit hati je wey, Dah tu ade pulak ajak ktorg pegi cari kayu api, what the? Padahal kayu api tu mmg dah ade kn. Sabar je la. Sebab fikir tengah nak bercuti kan, malas nak gaduh-gaduh. diamkan je la.

Ni la dy unggun api ktorg. Sibok je lah abang-abang resort tu join ktorg, Siap buat pertunjukkan api la bagai, takde la hebat mane pon. Last, last aku ngn member sejati blah, bosan la dorg ni, ktorg nak lepas ngn ktorg-ktorg je, tapi ni dah macam party unggun api dorg pulak. Dah tu bilik karok tak ley gune pulak. ade masalah teknikal. Adoi~ rosak aktiviti malam tu.

Tengah malam sikit aku, fatin, mira, pika, zizan and Hariz pegi cari penyu bertelur. Habis satu pulau ktorg jalan semata nak tengok penyu sahaja. Memang adventure, redah pantai, bukit, tangga, batu pantai la bagai. Betol tak tipu, memang ktorg redah benda-benda ni. Dah lah gelap. suku perjalanan je yang ada lampu. lain sume guna lampu handphone.
Jom cari penyu!!

Perasan tak semua pon tutup mata, penat sangat~ haha

Mase pegi tu memang tak jumpa la penyu, sampai ktorg terserempak ngn segerombolan binatang. tak tau la binatang ape, sebab aku dah terkejut sangat sampai tutup mata. Aku ingt kelawar, tapi dorg kate bukan. tah la. Then patah la balik, kecewa yang amat kot sebab tak jumpa penyu. Tapi ktorg jumpe la jejak penyu tu naik pantai, kirenye ktorg dah terlambat sampai. Bila dah nak sampai resort tiba-tiba, wey! penyu wei!! aku pon mane-mane? tiba-tiba mata bersinar-sinar kan.. So cepat-cepat amek gambar sebelum penyu tu lari. klik! klik! klik! 

TADA!!! ni la penyu yang ktorg jumpe tu. Penat-penat je jalan jauh-jauh, yang dekat ni dah ade dah. huhu

Rupe-rupenye aku mengigau pegi cari penyu~ kuikuikui

Habis dah cerita untuk harini, nanti aku sambung lagi ye~ penat taip. maklumlah bulan puasa sekarang ni. huhu


Rabu, 25 April 2012

Bercuti di Pulau Kapas. Seronok!! (part 1)

Oh Hi!! it has been a long long time i tak update blog ni kan. Still with the same reason. Busy!. Its' hard to be a final semester year student. Assignment 'tak banyak'. Tapi a lot of presentation and project y nak kene settle kan. Memang tak putus-putus since from second week until now. even cuti pon still ade keje nak kene settlekan sebab semua nak kene submit in the first week after break. huh! mengeluh kejap. So last week i pergi bercuti ke Pulau Kapas with my classmate. We have a lot of fun! ktorg bertolak hari jumaat malam sabtu around 1030pm macam tu la. suppose bas pukul 10.00pm so memang macam cacing kepanasan la tunggu bas. Dah la tak sabar nak tido. errkk~ hehehehe

Tido berdiri sambil amek gambar. terror tak?
Budak-budak rombongan sekolah. Gambar ni tiba-tiba je ade abang tu nak tolong amek kan. die pon teruja kot tengok ktorg nak pegi bercuti ramai-ramai. hee~
Sampai marang lebih kurang pukul 530am. Muke sume toye jer. Tadi mase bas rehat 30minit kt perhentian mane tah ktorg melantak roti canai. Around 230am. So xde la nak merungut lapar pukul 530 pagi tu. hee~

HAHA win mengantuk.

So sementara nak tunggu langit cerah. Ktorang pon singgah dulu masjid. Solat subuh and salin baju mandi teros. Mandi tak lagi. tunggu time nak snokerling nanti. hehehe tak busuk pon~ Tepat pukul 730pagi ktorg gerak pegi cari kedai nak breakfast. Lapar sudah~

Budak-budak sekolah pegi cari makan nak isi perut =P
Betol tak tipu!~ ktorg makan kat pasar ni la. sob sob takde lah. ade kedai makan kat pasar ni. TQ kat abang polis!

Oke dah kenyang gerak pegi jeti teros. tak sabar!!!!

Before tu kene bayar dulu duet pakej kitorang dekat pulau tu.

Oke snap picture dulu!
wow! cerah dan berseri abang kite~ ape rahsianye? =P
our captain for the day; captain marzo (copy ayat mera je hihihi)
Sampai pulau tak tengok jam pon. Sebab teruja dah sampai and tak sabar nak snokerling!! yeah!!

Korang nak tau. belakang tu sebenarnye kubur tau! tak caye cube tengok. ade batu nisan kat situ.


Masa sampai tu bilik still belum dapat. just dapat 2buah bilik je. so simpan la barang dulu kat bilik yang ade. Lepas tu teros pegi snokerling tanpa buang mase. yeah!!
semua teruja and excited!

secara tiba-tiba muka gue jadi bulat dan kembang!
Nampak ikan tak? best! mase ni i tengak berusaha nak pegi kat dorg, sekali ikan sume langgar i. rupenye sebab dorg ni bagi ikan makan roti. Nasib baik tak koyak seluar. opsss!

Snokerling macam orang gila la. Sebab die just bagi mase 2jam je. so rehat tepi pantai 10minit then snokerling sampai pening kepala. Best! best! Sampai  resort je dah pukul 1200tgh hari. Lunch 1230pm. so tunggu je la dengan baju basah-basah tu. nak masuk bilik, bilik ade 2 je. Ramai-ramai masuk boleh runtuh la  chalet tu.
muke penat campur lapar

Lepas makan ramai yang dah tumbang sebab penat sangat. Tapi nak lepak bilik pon still bilik tak de yang kosong lagi. Orang sebelum ni tak check out lagi. So i dengan member-member i plan nak naik banana boat. So kene jalan jauh sikit. sebab resort ktorg tak provide bende tu. kene cari kat pantai sebelah.


merah muka aku gelakkan win

Gambar kat atas ni funny giler!! ktorang tengah borak-borak dengan pakcik harun. Pakcik harun tu kire penduduk kat situ la. Since banana boat tak ade, pakcik harun pon cadang la ktorg pegi 'GEM ISLAND' sorang rm10. tengah dok bincang-bincang ttbe dengar bende jatuh. eh? ade nangka ke kat pulau ni? Tak sangka kat pulau ni pon ade nagka. tapi 'nangka busuk' la yang jatuh pon. hahaha! win ni, macam mane lah boleh jatuh main buaian tu. Nak kata ade angin pon tak jugak Adoii!~

Lastly kitorang pon decide nak pegi 'GEM ISLAND' tengok anak penyu. yiiiihaaaaa~

muke excited!

Sape-sape nak pegi Pulau Kapas dengan bajet yang lagi murah. Boleh la cari pakcik Harun ni. Kalau korang camping dengan dy sure best gile! Tapi ktorg tak dapat la dy jd tour guide sebab tak tau kan~ Takpe. next time maybe. hu2.

Anak penyu yang manja dan kuat makan.
Kawan baru ktorg. from australia beb! hee~

Wah!! panjang nye karangan! ceh~ padahal gambar yang melambak. so then sambung esok ae? hee~ Bye!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

my next birthday party =)

Daisypath Happy Birthday tickers